Terma Perkhidmatan
Dikemas kini: 18 September 2026
Terma ini mengikat anda dengan AJ Hub Enterprise apabila anda menggunakan Skrip Viral AI di skripviral.com. Dengan mendaftar akaun, anda bersetuju dengan terma di bawah.
1. Perkhidmatan
Skrip Viral AI ialah alat yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menjana cadangan skrip video dan kandungan media sosial. Anda memberikan link produk atau maklumat produk, dan sistem akan menjana cadangan skrip.
Kami boleh menambah, mengubah atau menghentikan mana-mana ciri pada bila-bila masa. Jika perubahan besar dibuat kepada pakej berbayar, kami akan memberitahu melalui email.
2. Akaun
- Anda mesti berumur 18 tahun ke atas untuk membuka akaun.
- Maklumat yang anda beri semasa mendaftar mestilah benar.
- Anda bertanggungjawab menjaga kata laluan dan semua aktiviti dalam akaun anda.
- Satu akaun untuk satu orang. Membuka banyak akaun untuk mengumpul kredit percuma tidak dibenarkan.
3. Kredit dan pakej
- Setiap skrip yang dijana menggunakan 1 kredit.
- Akaun baru menerima 5 kredit percuma.
- Pakej Pro (RM29 sebulan) memberi 300 kredit setiap bulan. Kredit yang tidak digunakan dibawa ke bulan berikutnya, tetapi baki maksimum ialah 500 kredit.
- Pakej top-up (RM10) memberi 50 kredit sekali bayar, dan kredit ini tidak luput selagi akaun anda aktif.
- Kredit tiada nilai tunai, tidak boleh ditukar kepada wang, dan tidak boleh dipindahkan kepada akaun lain.
- Jika sistem gagal menjana skrip, kredit yang ditolak akan dikembalikan secara automatik.
4. Kandungan yang dijana AI
Skrip yang dihasilkan ialah cadangan. AI boleh melakukan kesilapan, termasuk salah faham maklumat produk. Anda bertanggungjawab menyemak setiap skrip sebelum menerbitkannya.
- Pastikan semua dakwaan tentang produk adalah benar sebelum anda guna.
- Anda bertanggungjawab mematuhi undang-undang Malaysia dan peraturan platform seperti TikTok, Instagram, Shopee dan Lazada, termasuk peraturan iklan produk kesihatan dan kosmetik.
- Kami tidak menjamin sebarang hasil, jumlah tontonan, jualan atau komisen daripada penggunaan skrip.
Skrip yang dijana untuk akaun anda adalah milik anda untuk digunakan, termasuk untuk tujuan komersial. Ambil perhatian bahawa AI boleh menghasilkan teks yang serupa untuk pengguna lain, jadi kami tidak boleh menjamin hak eksklusif ke atas mana-mana skrip.
5. Penggunaan yang dilarang
- Menjana kandungan menipu, memfitnah, lucah, atau yang menyalahi undang-undang.
- Menjana dakwaan perubatan palsu atau maklumat produk yang direka.
- Menjual semula atau memberi akses akaun anda kepada orang lain.
- Menggunakan bot atau skrip automatik untuk mengakses perkhidmatan ini.
- Cuba menceroboh, membebankan atau mengganggu sistem kami.
Kami boleh menggantung atau menamatkan akaun yang melanggar terma ini. Jika penamatan berlaku tanpa sebab yang munasabah, kami akan memulangkan bayaran langganan bagi tempoh yang belum digunakan.
6. Perkhidmatan pihak ketiga
Kami bergantung kepada perkhidmatan pihak ketiga untuk menjalankan perkhidmatan ini, termasuk pembekal AI, hosting, pangkalan data dan pemprosesan bayaran. Gangguan pada perkhidmatan tersebut boleh menjejaskan perkhidmatan kami.
Skrip Viral AI tidak mempunyai kaitan rasmi, naungan atau kerjasama dengan Shopee, TikTok, Lazada, Instagram atau mana-mana platform lain yang disebut.
7. Had tanggungjawab
Perkhidmatan ini disediakan “sebagaimana adanya”. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, AJ Hub Enterprise tidak bertanggungjawab ke atas kerugian tidak langsung, kehilangan keuntungan, kehilangan data, atau kerugian akibat kandungan yang anda terbitkan.
Jumlah maksimum tanggungan kami bagi sebarang tuntutan adalah terhad kepada jumlah yang anda bayar kepada kami dalam tempoh 6 bulan sebelum tuntutan tersebut.
8. Pembatalan akaun
Anda boleh berhenti menggunakan perkhidmatan ini pada bila-bila masa. Untuk membatalkan langganan Pro, gunakan butang “Urus langganan” di dashboard. Untuk memadam akaun dan data anda, hubungi kami di ajhubenterprise@gmail.com.
9. Undang-undang
Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia, dan mahkamah di Malaysia mempunyai bidang kuasa ke atas sebarang pertikaian.
10. Hubungi kami
AJ Hub Enterprise (202603133783 (003853498-K)), Sungai Buloh, Selangor, Malaysia. Email: ajhubenterprise@gmail.com. Butiran lanjut di page Hubungi Kami.